Majlis Ilmu:6 Mac 2010
Pengerusi: Hidayah Nissa
Bismillahirrahmannirrahim.
Di kala masih terasa kehangatan hari kelahiran junjungan besar kita ini, yang menjelang pada 26 Februari yang lalu, bertepatanlah kiranya tajuk kita pada hari ini berunsurkan CINTANYA RASULULLAH.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari perkataan yang sesuai untuk tajuk pada hari ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah, terdetik di hati untuk memilih tajuk CINTANYA RASULULLAH. Kalau perhatikan betul-betul, jika tajuk ini dibaca dengan intonasi yang berlainan maka akan terus lah tergambar apa yang bakal saya bentangkan hari ini. Pertama, CINTANYA RASULULLAH, Nya merujuk kepada Allah sekaligus tajuk ini bermaksud kekasih Dia (koma) yaitu Rasulullah. Kedua, Nya merujuk kepada Rasulullah sendiri. Dalam erti kata lain, kasihnya rasulullah kepada umatnya, sahabat2nya, kaum keluarganya malah. Ketiga, cintanyaaaaa Rasulullah. Ini menggambarkan perasaan kasih kita kepada Rasulullah.
1) BUKTI2 MEMANG BENAR RASULULLAH ITU KEKASIH ALLAH.
o “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzab: 56)
o Disini, dapatlah kita lihat betapa istimewanya Rasulullah itu. Sedangkan Allah dan malaikat lagi berselawat ke atas baginda, apakah pula hak kita yang kurang serba-serbi ini untuk menyombong diri sehinggakan hendak mengucapkan selawat pun terasa berat? Disamping itu, ayat ini juga menggambarkan betapa Allah telah mengangkat darjat Nabi Muhammad ke tempat teratas disisinya sehingga Allah sendiri berselawat kepada baginda. Namun, sekali lagi, sudahkah kita sebagai umatnya meletakkan Nabi Muhammad di tangga teratas dalam carta orang2 yang kita sayangi? Walhal, bagindalah yang bakal mengurniakan syafaat baginda untuk membantu kita di akhirat kelak. Jika di dunia pun kita sudah memperlekehkan kasih sayang kita kepada baginda, layakkah kita meminta syafaat nabi nanti?
o Riwayat dari Umar bin Khattab telah dikisahkan tentang bagaimana taubat Nabi Adam hanya diterima setelah baginda mengucapkan kalimah ‘la ila ha illallah muhammadun rasulullah’. Bila ditanya bagaimana Nabi Adam mengetahui kalimah tersebut, Nabi Adam menjawab “aku melihatnya di tiang2 arasy d syurga” Maka, tidak dapat disangkalkan lagi kenyataan bahawa Nabi Muhammad adalah kekasih Allah.
o Jika kita imbas kembali saat2 kewafatan nabi. Sewaktu malaikat Izrail sedang melakukan tugasnya, nabi sempat bertanya kepada malaikat jibril kenapa malaikat jibril memalingkan wahnya. Malaikat jibril seraya menjawab “siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah menghadapi sakaratul maut”.
2) MERUNGKAI CINTA RASULULLAH TERHADAP UMATNYA.
o “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (At Taubah, Ayat 128)
Berdasarkan ayat ini, Allah turut mengakui akan sifat-sifat Nabi Muhammad yang sememangnya sangat prihatin terhadap kesusahan kita, malah sentiasa berdoa untuk kita.
o Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: “Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."
o Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman).
Melihatkan kasih sayang Nabi Muhammad terhadap kita ini, wajarlah bagi kita pula berusaha untuk membalas kembali rasa kasih baginda itu. Kadang2, ironi bila manusia sanggup berkorban apa saja demi mengenali hati budi kekasih hatinya malah saban waktu, kata2 puitis dicari bagi memastikan setiap bibit2 cinta itu dipotretkan dalam gambaran yang tepat. Senang saja, balik nanti tengok lah homepage facebook. Tidak dinafikan yang memang ada yang juga mengaku kasihkan Nabi, malahan dalam jumlah yang agak membanggakan. Namun sayang, ramai juga yang tidak berusaha untuk menyelarikan perbuatan mereka dengan pengakuan ini.
MELAHIRKAN RASA KASIH TERHADAP BAGINDA
o Memang tidak dinafikan, susah untuk betul2 menyayangi Nabi sebab kita tak pernah jumpa dengan Nabi. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Samalah di sini. Jadi untuk benar2 menyintai Nabi, kita hendaklah mengenali Nabi itu terlebih dahulu melalui sirah2 kehidupan baginda. Disamping itu, bila sudah kenal, ada beberapa perkara lagi yang perlu kita kerjakan.
o 1. MELAKSANAKAN DENGAN PENUH TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH.
Tugas utama nabi ialah sebagai utusan bagi menyampaikan perintah Allah kan? Jadi jika sekiranya kita tidak mengambil berat untuk melaksanakan perintah Allah, kita umpama memperlekehkan apa yang diperjuangkan oleh Nabi.
Riwayat Bukhari dan Muslim “Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.”
o 2. MENGERJAKAN SUNNAH NABI DAN MEMASTIKAN TINDAK TANDUK SEHARIAN KITA BERTELADANKAN KEHIDUPAN RASULULLAH.
Fitrah dunia – bila kita dah sayang kepada seseorang, kita akan bersungguh2 untuk melakukan apa yang dia suka dan menjauhi apa yang dia tak suka. Begitu juga lah jika kita benar2 mencintai Rasulullah SAW, kita mestilah selalu berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak baginda, bersegera mewujudkan perintah dan bersegera menjauhi larangan baginda.
"Katakanlah (Muhammad) jika kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah jejakku; niscaya Allah mengasihi kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS. Ali Imran : 31).
“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak memperingati Allah.” (Al Ahzab:21)
Jadi, dah terang lagi bersuluh dah Allah menegaskan Nabi itu suri teladan yang baik, memang patutlah kita berteladankan kehidupan Nabi kan?
o 3. MEMBELA NABI DAN MENYEBARKAN SUNNAHNYA.
Untuk mendapatkan kesempurnaan dalam menyintai Nabi, kita bukan setakat mentaati sunnah Nabi malah turut bertangungjawab untuk membela dan menyebarkan sunnah2 tersebut. Bila kita dah sangat sayang pada sesorang, biasanya, memang wajarlah bila kita sanggup berkorban apa saja untuknya. Rasulullah sendiri telah berkorban harta dan jiwa demi memastikan agama Allah itu tegak di muka bumi.
“Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumlah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu bebrbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah memberibalasan kepada orang yang bersyukur.” (Al Imran: 144)
Dah memang tak ada Nabi lagi selepas ni, jadi kalau kita tidak menyampaikan dan mengajarkannya kepada orang lain, bukankah ia bermaksud kerja-kerja dakwah baginda tidak mempunyai kesinambungan dan mungkin tidak akan sampai kepada generasi2 yang seterusnya?
o 4. MELETAKKAN BAGINDA DI TANGGA TERATAS ORANG2 YANG PALING KITA SAYANGI.
"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara , isteri-isteri,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) jalan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” At-Taubah: 24
Kisah Mus’ab bin Umair – sahabat baginda dari keturunan kaya raya dan dalam adik-beradiknya, dia adalah anak kesayangan jadi sememangnya segala permintaanya tidak pernah ditolak. Dia ni antara lelaki yang paling famous kat Mekah sebab dia pandai, kaya dan hensem. Dia pernah cakap kat mak dia sewaktu mak dia terlantar menahan lapar (dia tak nak makan selagi Mus’ab tak keluar dari Islam). Jawapan Mus’ab : “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”
Dia syahid sewaktu dalam perang Uhud dimana dia ditugaskan untuk memegang bendera Islam. Bila dia sedar yang keselamatan nabi terancam, dia pun cuba mengalihkan pandangan dengan mengankat bendera tersebut seting-tingginyadan bertakbir dengan nyaring. Ibnu Qamiah menetak tangan kanannya, lalu Mus’ab memegang dengan tangan kirinya. Ditetak lagi dan dia menyambut dengan menggunakan lehernya. Akhirnya, dia syahid setelah ditikam dengan tombak. Bayangkanlah pengorbanan Mus’ab ini yang meninggalkan kesemua kesenangan duniawi demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
o 5. MEMPERINGATI BAGINDA DENGAN MEMPERBANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM.
Sekali lagi kita kaitkan kepada fitrah manusia yang sedang jatuh cinta. Bila dah buat macam2, berkorban apa saja, mestilah kita juga akan berusaha untuk memastikan kasih sayang itu akan tetap terus meningkatkan? Jadi, hendaklah kita sentiasa memperingati Nabi Muhammad dan susah payah yang baginda alami untuk memastikan sebaran agama yang benar itu sampai kepada seluruh manusia dengan selalu berselawat pada baginda.
Berbalik semula kepada “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzab: 56)
Sebenarnya cinta itu boleh diumpamakan seperti magnet yang akan menarik kekasihnya kepada kekasihnya. Ingin saya kongsi disini satu psychological term yang dipanggil ‘reciprocity principle’ yang bermaksud ‘we treat like with like’. Reciprocity principle ni maksudnya bila kita dah suka kat seseorang memang psychologically, jika orang tu dapat merasa kasih sayang kita, dia akan membalas cinta kita tu dan akan timbul rasa suka untuk bertemu. Jadi samalah dengan konteks ini, jika sekiranya kita sangat sayang pada Rasulullah dan Rasulullah pun dapat merasa kasih sayang kita itu, insya Allah kita akan dapat bertemu dengan baginda di akhirat kelak.
Melimpahkan rasa cinta kita kepada baginda tidak hanya untuk membalas kembali kasih sayang baginda tetapi dalam pada masa yang sama, ia beerti kita mentaati perintah Allah SWT.
o “Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata”. (surah At-Taghaabun, ayat 12)
Dalam konteks ini, kita mampu melihat bahawa Allah juga telah memerintahkan supaya kita taat kepada baginda. Malah, mentaati Rasulullah SAW adalah bererti mentaati Allah SWT; dan mengingkari baginda bererti juga mengingkari Allah SWT.
Seseorang itu hanya bergelar seorang Muslim jika ia mengungkapkan kalimah syahadah. Perakuan kalimah syahadah itu pula tidak lengkap hanya dengan kita mengaku beriman kepada Allah SWT tanpa mengakui kerasulan Nabi Muhammad.
Dengan itu, sampai disini sajalah cebisan kisah2 yang dapat saya kongsikan setakat ini. Banyak lagi kisah2, hadis2 serta firman2 lain yang menceritakan tentang kehebatan kasih sayang Rasulullah yang dapat kita jadikan sandaran dalam memperhebatkan lagi kasih sayang kita terhadap baginda dan sekaligus, Allah swt. Mudah-mudahan, berbekalkan pengetahuan yang sedia ada ini, dapatlah kita memperkuatkan lagi usaha kita dalam mengenali kekasih Allah ini dengan lebih mendalam agar perasaan kasih sayang kita terhadap baginda akan terus mekar.
Saya akhiri pembentangan saya ini dengan sabda Nabi yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim dari Anas ra :
“Tiga perkara, barang siapa yang tiga hal tersebut berada dalam dirinya maka ia akan mendapatkan manisnya iman; hendaknya Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada selainnya, hendaklah ia mencintai seseorang dan tidak mencintainya kecuali hanya kerana Allah, dan hendaklah ia benci kembali kepada kekafiran seperti kebenciannya bila dilemparkan kedalam api.”
Wassalam.
Sekian dari saya,
Nisa
0 comments:
Post a Comment