Assalamualaikum wbt,
Sesi hadis bagi USRAH HELWA dimulakan dengan hadis 40. Sebelum kita membaca dan memahami hadis 1 daripada 40, moleklah kiranya kita memahami apa yang dikatakan dengan HADIS QUDSI? Apakah perbezaanya dengan Al Quran dan Hadis Nabawi. Insyallah, di paparan kali ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas beberapa blog/sumber lain yang dijadikan rujukan seterusnya sumber tersebut dihubung terus di BLOG HELWA bagi proses penyebaran ilmu. Mudahan mendapat manfaat. Insyallah.
Definasi hadis qudsi?
Penerangan hadis qudsi diterangkan berdasarkan pengkelasan dalam beberapa perkara.
1.Makna
2.Nisbah
3.Sanad
4.Dalil
MAKNA HADIS QUDSI
Adapun hadis qudsi adalah kalam Allah taala yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan makna-Nya sahaja dan lafaznya dari rasulullah s.a.w dan tidak pula menjadi mukjizat kepada rasulullah s.a.w
NISBAH HADIS QUDSI
Adapun hadis qudsi, seperti telah dijelaskan di atas, terkadang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah, sehingga nisbah hadis qudsi itu kepada Allah adalah nisbah dibuatkan. Maka dikatakan, Allah telah berfirman atau Allah berfirman. Dan terkadang pula diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi nisbahnya adalah nisbah kabar, kerana Nabi menyampaikan hadis itu dari Allah. Maka, dikatakan Rasulullah s.a.w. mengatakan apa yang diriwayatkan dari Tuhannya.
SANAD HADIS QUDSI
Adapun hadis-hadis qudsi kebanyakan adalah khabar ahad, sehingga kepastiannya masih merupakan dugaan. Adakalanya hadis itu sahih, hasan, dan kadang-kadang dhaif.
DALIL HADIS QUDSI
Allah berfirman tentang malaikat,
Maksudnya:
“….padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ….” (Al-Baqarah: 30).
Sumber definasi ini di copy dari link ini. Terima kasih diucapkan.
Perbezaan di antara Al Quran, Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi?
Sumber rujukan di sini.
Sila klik di link bagi mendapat penjelasan hadis pertama.
Hadis 1: Setiap Amalan Adalah Dengan Niat
Versi English.
Sekiranya dirasai terdapat rasa was-was dan tidak pasti di atas link-link yang diberi, dipohon maklumkan kpd pihak AJK BLOG, bagi mengelakkan kekeliruan.
Wallahualam. Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Mohon maaf jika ada kesilapan dari kami.
0 comments:
Post a Comment