Entri kali ini adalah berkenaan dengan usrah yang terkini. Usrah kali ini ada sedikit kelainan. Selain daripada berdiskusi tentang kemustajaban doa, ia juga diserikan dengan jamuan perpisahan untuk Dr Haniwarda atau lebih dikenali sebagai Hani atau kini Dr. Hani.
Pembukaan majlis juga ada sedikit kelainan. Majlis bermula dengan seisi berkongsi cerita tentang perkembangan masing-masing. Seterusnya, Ruzy selaku pengerusi usrah kali ini telah berkongsi satu artikel tentang doa yang dipetik daripada laman web Dr. Maza. Walaupun perbincangan mengenai doa bukanlah benda baru, tetapi diskusi petang tadi menyegarkan kembali dan menyedarkan kita bahawa:
- Doa merupakan lambang pengabdian kita kepada Allah swt.
- Kita kena selalu bersangka baik terhadap Allah swt kerana sesungguhnya Allah maha mengetahuiapa yang terbaik untuk kita.
- Doa sahaja tidak mencukupi. Ianya haruslah diiringi dengan usaha dan tawakal.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjelasan Dr Maza tentang kemustajaban doa, sila layari pautan ini:
http://drmaza.com/home/?p=1109
Selain daripada itu, Kak Sai telah berkongsi cerita tentang Asma Ab Bkr, yang selalu memerdekakan hambanya setiap kali beliau pulih daripada kesakitan.
Dr Haniwarda
Seperti biasa, setiap kali ada diantara ahli helwa yang telah menghabiskan pengajian mereka atau yang akan pulang ke tanah air, mereka ini akan diraikan oleh yang lain.
Dan seperti biasa, ada ucapan dari yang diraikan, ada makanan yang lazat-lazat , ada seisi bagi hadiah dan seisi bergambar beramai-ramai.
Tetapi yang agak terkesima petang tadi adalah alunan nasyid ‘doa perpisahan’ oleh yang hadir. Nasyid doa perpisahan ini sebenarnya dititipkan oleh Hani kepada Kak Sai. Bait-bait nasyid itu memang menyentuh jiwa. Saya kongsi disini rakaman nasyid tersebut:
Daripada satu laman web, saya petik:
"Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Biasanya sampai mati.
Bersahabat seperti ini mendapat perlindungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku."(Riwayat Abiddunya)"
0 comments:
Post a Comment