Di antara pengajaran yang boleh kita renungkan bersama berdasarkan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini ialah :-
Orang yang benar-benar mendalam imannya ialah meyakini akan kisah-kisah dan perkhabaran yang dialami oleh Baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj, tanpa sebarang keraguan dan persoalan.
Solat adalah ibadah pertama sekali yang akan dipersoalkan di hari kiamat oleh Allah Taala. Jika baik solat yang ditunaikan, maka baiklah amal ibadah lainnya.
Sekiranya peristiwa Isra’ dan Mikraj ini benar-benar dihayati, manusia mampu menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara keji dan maksiat serta menjadi orang yang benar-benar sabar, cemerlang dan berjaya. Mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah melalui sembahyang yang difardukan serta du'a yang ikhlas, InsyaAllah jalan di dua dunia akan menjadi lebih mudah dan diberkati-Nya. Sebagaimana Allah berfirman di dalam Al-Qur'an;
Maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah ayat : 45 -46 )
Antara lain pengajaran yang diperolehi adalah keperluan membersihkan hati dari sebarang unsur kehinaan dan kecelaan agar amalan kita diterima Allah SWT. Pokok kepada pembersihan hati adalah dengan bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Eloklah amalan solat sunat taubat dijadikan rutin agar segala doa dan amalan kita diterima Allah. Wallahu 3alam...Pautan ini adalah merujuk kepada Hadis ke-6 dari Hadis 40 yang dibincangkan tempoh hari. Maksud hadith:
- Perbincangan tentang perkara-perkara shubhah dalam kehidupan seharian sebagai contoh makanan yang di makan, masa yang diluangkan, persoalan muamalat dan segala urusan seharian kita.
- Elakkan perkara shubhah untuk mengelakkan dosa dan terjebak dengan perkara haram.
- Peranan hati - hati yang bersih dapat menjaga keseluruhan anggota dari dosa dan maksiat

0 comments:
Post a Comment