Tuesday, 13 July 2010

Tentang Waktu itu...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW
Salam dan semoga rahmat dan barakah Allah SWT bersama dengan kita, amin ya Rabbal 3alamin,

Saya ambil ini dari link ini. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatnya buat pemilik blog itu:
Tentang Waktu itu...

Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai

itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga.


Pejam celik, Ramadhan akan kembali menemui kita lagi. Walaupun ia kelihatan hampir, belum pasti ia milik kita. Berdoalah agar dipertemukan kita dengan Ramadhan yang mulia yang menjanjikan beribu macam ganjaran akhirat yang pastinya orang-orang yang yakin akan perkara ghaib past menanti-nanti akan kehadirannya.

Sebagai persediaan untuk menyuburkan hati dan iman agar di bulan Ramadhan nanti, kita dapat menyemai benih-benih amalan, eloklah kiranya dimulakan amalan yang banyak dari sekarang...

Antara lain:
  1. banyakkan bersedekah terutamanya di waktu pagi sesungguhnya malaikat mendoakan orang yang memberikan sedikit dari kurnia Allah kepadanya di pagi hari.
  2. Mulakan puasa sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu atau puasa pada Isnin dan Khamis agar dapat membiasakan diri puasa di bulan Ramadhan yang panjang
  3. Banyakkan amalan sunat antaranya solat sunat sebelum atau selepas solat fardu
  4. Kekalkan amalan solat dhuha dan witir
  5. Bacaan Al-Mathurat di setiap pagi dan petang
  6. Kalau mampu, bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk satu hari agar amalan ini pemangkin untuk menyudahkan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan.
  7. Berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa, saudara-mara, guru-guru dan rakan-rakan kerana malaikat akan mengaminkan doa kita buat orang lain dan kebaikan doa itu kembali kepada kita
Bagi merealisasikan amalan di atas, dapatlah kiranya mencari seorang sahabat yang akan menjadi teman beramalan yang akan ingat-mengingati setiap hari sebagai pemangkin untuk terus beribadat kepada Allah SWT, dan bukan sekadar menggembirakan kita dengan kehidupan dan harta dunia semata-mata.

Ya Allah pertemukanlah kami, warga Lancaster ini dengan Ramadhan, bulan mulia yang Engkau hadiahkan buat kami. Segala puja puji itu hanya milikMu Ya Allah, pertermukanlah kami dengannya. Amin amin Ya Rabbal 3alamin.

Sehingga bertemu lagi...
Maasalamah..

0 comments: