Tuesday, 30 November 2010

Ibrah Dari Salji

Assalamualaikum wbt.......

Sejak sehari dua yang lepas, salji dah mula turun mencurah-curah menyapa bumi Lancaster. Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Pencipta kerana kita semua tergolong dalam kelompok insan-insan yang dipilih untuk melihat fenomena kebesaran Allah SWT ini secara langsung.
"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka." (Surah Shaad : 27)
Berdasarkan ayat di atas, tentu sekali Allah SWT tidak menciptakan keindahan salji ini dengan sia-sia melainkan sebagai satu peringatan akan kebesaranNya dan sekaligus untuk membuatkan kita berfikir. Ada satu post menarik yang mengupas tentang ibrah yang dapat kita ambil dari turunnya salji.


*****

Semalam aku mendengar tazkirah yang bagi ku sangat menyentuh hati... tazkirah yang membuka minda...tazkirah mengenai salji...

Minggu ini, satu UK dilanda salji lebat, yg ada sesetengah tempat tu, paling lebat sejak 15 tahun....aku juga memerhatikan salji-salji itu turun daripada langit...seperti turunnya bulu2 daripada awan...bergerak ke sana kemari dengan tiupan angin lembut...subhanallah..

Buat kita yang 'experience ' ketika salji itu turun...salji tu kecil sahaja, bagai titisan air, lemah...satu per satu kepulan salji itu turun ke bumi...namun, pada permulaannya, tiada beza, satu, dua, tiga kepulan salji...bumi seperti itu juga...salji2 tadi terus cair menyentuh permukaan bumi...nampaknya tiada beza...

Namun salji2 yg lain itu, terus bersemangat turun drp langit , dibawah arahan Tuhannya....walaupun mrk tahu yg salji2 yg pertama itu ramai terkorban, seakan2 tiada beza, tapi sebenarnya, salji2 yg terkorban itu telah berjaya menyejukkan bumi, demi utk sahabat2nya yg akan datang, meliputi dan menimbuni seluruh permukaan yg ada...

Pelbagai bentuk-bentuk snowflakes

Setiap kepulan salji yg turun itu pula berbeza2...masing2 dengan karakter mereka, seperti rajah diatas.....namun tujuan mereka satu...untuk mengikut perintah Tuhannya...dengan itu beramai2, kepulan-kepulan salji menyerang satu UK, akibatnya, putih...putih merata, sekolah2 terpaksa ditutup kerana salji sgt lebat, trafik jalan raya tergendala dek gara-gara salji, berita BBC setiap hari menceritakan kerugian bisnes2 akibat kepulan2 salji, yang pada mulanya seakan2 tiada impak...

Begitulah juga dengan kita manusia...mungkin berseorangan kita lemah...tak mampu buat apa2...cuba bawa perubahan, tapi cam tiada hasilnya...namun si manusia itu tak patut berputus asa...kerna dia tahu dia hanya menyampaikan risalah Tuhannya....tak apalah dia berkorban...mungkin pada mulanya tidak nampak hasilnya... tapi pengorbanan nya itu sebenarnya telah menyediakan landasan untuk sahabat2nya yg lain meneruskan perjuangan dari Tuhannya....satu, demi satu, sahabat2 akan sedar dan berjuang....

Sahabat-sahabatnya itu mungkin tidak serupa dengannya, ada yang semulajadi ramahnya, ada yang pendiam, ada yang sangat ceria, ada yang kelihatan agak tak serasi dengannya...namun sahabat2 ini terus bersatu seperti salji diatas...perbezaan kecil diketepikan sahaja, kerna niatnya
hanya satu, mengikut perintah Tuhannya...

Akhirnya....tergemparlah dunia itu...seluruh bumi merasa kehadiran manusia-manusia itu, tiada lagi yang dapat menolak kehadiran mereka...dan suatu hari seperti janji Tuhannya, risalah itu menang di muka bumi...dan terima kasih kepada manusia itu seperti kepulan salji, yg tidak pernah mengenal arti jemu dan terus terus berjuang....

"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa." (Surah Yunus : 6)

*****

Subhanallah. Hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui rahsia-rahsia disebalik ciptaanNya. Tidaklah bisa rasanya kita mencapai, mahupun merungkai, pengetahuan yang pelbagai tanpa izin dariNya jua.

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT sentiasa memberikan kita petunjuk dan hidayah serta mengurniakan kita ketajaman mata hati untuk menyaksikan dan sekaligus menyedari keajaiban ciptaan-ciptaanNya.

Wallahualam.

0 comments: