Monday, 8 November 2010

Lapan penyakit manusia

Salam buat semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasihNya jua.

Alhamdulillah, majlis ilmu yang lepas telah berjalan dengan lancar, apatah lagi dimeriahkan dengan sesi riadah poco-poco.

Bagi sesi usrah, Saudari Husmeela telah membicarakan tentang lapan penyakit manusia. Disertakan dibawah, salinan nota yang telah dikongsi bersama oleh saudari Husmeela.

*****

Lapan Penyakit Manusia

Doa yang diajar oleh Rasullah SAW pada seorang sahabat yang sedang bersedih

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan gelisah. Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kapadaMu ya Allah daripada beban hutang dan tekanan manusia”


1. KERESAHAN, GELISAH

Kenapa kita risau, gelisah….

· Takut tak dapat terjadi bila kurangnya keyakinan pada Allah

Contohnya; pelajar yang melalui exam dan sedang menunggu keputusan

· Takut hilang

“Allah sajalah zat yang menetapkan segala sesuatu dan Allah bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu”

Jangan Khuatir ( Petikan dari buku “Bila Allah Menduga Kita” oleh Syed Alwi Alatas)

· Tak perlu risau dgn ujian dan persoalan krn ia lumrah kehidupan

· Cth:

Seseorang yg merasa takut menghadapi maut hanya kerana doktor mengesahkan penyakit barahnya yg boleh membawa kematian.

“Siapakah yang boleh memastikan orang yg sihat akan berumur panjang lebih daripada org yang menghadapi penyakit yang serius”

· Kita tidak pernah tahu tentang apa yang bakal terjadi pada masa akan datang

· Kita tak perlu tahu tentang hal itu

MESTI TAHU:

“APA YANG PERLU DILAKUKAN DI SAAT DUGAAN MENIMPA ATAU DISAAT MENERIMA NIKMAT”

Ujian yang datang: Kesenangan- jgn terlalu leka

Firman Allah

Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar” (Surah An-Anfaal: 28)

“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu, wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik” (Surah Ali-Imran: 14)

“Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata “ Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui” (Surah Az-Zumar: 49)


2. SEDIH KERANA MASALAH, SEDIH KERANA KESALAHAN

· Dukacita ke atas sesuatu yang berlaku

“Kita sedar dan insaf bahawa memang rasa sedih atau dukacita itu adalah fitrah manusia. Namun yang salah ialah apabila kita sedih dengan benda yang tidak perlu kita sedihkan….”

KITA PERLU SEDIH BILA KITA KEHILANGAN IMAN, KEHILANGAN PETUNJUK ATAU HIDAYAH ALLAH SWT


· Ujian mengangkat martabat

PASTIKAN KITA LULUS UJIAN ALLAH.TIDAK PERLU MENGELUH DI HATI KITA. TIDAK PERNAH MENYALAH TAKDIR ALLAH. TIDAK PERNAH MENGUTUK TAKDIR ALLAH

Firman Allah:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kedekut. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut” (Surah Al-Ma’arij: 19-21)

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaun yang kafir” (Surah Yusuf: 87)

Ibrahim berkata, “Tiada ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat” (Surah al-Hijr: 56)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

Melalui ayat ini, Allah mengajar kita untuk melatih diri kita dengan solat dan sabar sehingga semangat juang kita menjadi kukuh dan tidak menjadi goyah disebabkan permasalahan hidup.

Solat dan sabar akan jadikan kita mempunyai keperabadian yang TENANG dan TIDAK MUDAH TERPENGARUH DENGAN MEMPERBESARKAN MASALAH dan KITA MAMPU BERFIKIR DENGAN LEBIH TELUS pada akhirnya akan memperbesarkan kita untuk menemui JALAN KELUAR dan MEMPERCEPATKAN PERTOLONGAN ALLAH


· Banyak mana yang Allah ambil dibanding dengan banyak mana Allah beri kepada kita

“ Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya” (Surah Ibrahim 14: 34)

· Hadis:

“Demi yang diriku ada di tanganNya, tidaklah Allah menetapkan suatu qada bagi orang Mukmin melainkan itu merupakan kebaikan baginya dan yang demikian itu hanya berlaku bagi orang Mukmin” (Hadis Rwayat Ahmad)

3. LEMAH

Hadis Riwayat Muslim

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata, “Andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakanlah, “Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi” kerana sesungguhnya kata “seandainya” membuka perbuatan syaitan”

- Bayangkan seandainya kita mengalami kehilangan yang besar, kita gagal meraih manfaat yan masih mampu kita raih

4. MALAS

Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya jepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah: 105)

“Dan masing-masing mereka memperoleh darjah-darjah dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan” (Surah Al- An’am:132)


5. PENAKUT

“Janganlah takut, janganlah berdukacita” (Surah Al- Ankabut: 29:33)

Hindarilah takut dalam menyatakan kebenaran, takut yang menyatakan hak, takut melakukan sesuatu yang benar.


6. KEDEKUT

· Manusia yang terikat dengan harta benda. Enggan bersedekah, enggan memberi


7. BEBAN HUTANG

- Biarkan diri kita menjadi hamba nafsu, hamba perasaan dan akhirnya membawa kedukaan, kegelisahan

- Kita biarkan hutang melingkari diri kita semata-mata ingin hidup mewah

8. TEKANAN MANUSIA

- Allah sebaik-baik penolong

- Bila hubungan kita dengan Allah baik, hubungan kita dengan manusia turut baik.


Wallahualam.

0 comments: