Wednesday, 3 November 2010

Zulhijjah - Ahlan


Salam buat semua,
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

اِقۡرَاۡ بِاسۡمِ رَبِّكَ الَّذِىۡ خَلَقَ‌ۚ‏

Didoakan agar sahabat sekalian berada dalam peliharaan dan dibawah naungan kasih sayang Allah SWT,

Pejam celik, pejam celik kita telah berada hampir kepada penghujung Tahun Hijrah 1431. Yang pasti Zulhijjah punya daya penariknya yang tersendiri. Bermula dengan sejarah Nabi Ibrahim AS bersama anakanda tercinta Nabi Ismail AS. Setiap yang berlaku, ada hikmah disebaliknya tetapi sejauh mana kita mengambil pelajaran dari setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita, hidup mereka disekeliling kita dan sejarah perjuangan Islam, menjadi tanggungjawab diri kita sendiri untuk bermuhasabah dan menyemaknya.

Saya pautkan dengan beberapa pautan yang memberikan peringatan kepada kita tentang amalan-amalan yang selayaknya menjadi pendamping kita selama hidup di dunia ini agar menjadi sahabat kita di akhirat kelak. Pautan pertama ini berkisar tentang kebaikan 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Link kedua ini menceritakan peristiwa bersejarah dua Anbiya yang berkait rapat dengan peristiwa Korban khususnya dan Ibadah Haji amnya. Peristiwa ini termaktub di dalam Al-Quran Surah As-Saffat dari ayat 100 hingga ke ayat 110. Pautan terakhir ini memberikan maklumat secara terperinci tentang Zulhijjah khususnya. Ambil kesempatan ini untuk membaca dan mendalami sedikit ilmu berkenaan peristiwa penting ini.

Saya mendoakan agar kita semua diberikan kekuatan jiwa dan kudrat untuk merebut kebaikan yang Allah SWT anugerahkan kepada kita pada bulan yang mulia ini. Semoga sentiasa diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan dihindari dari bisikan-bisikan syaitan yang direjam.

Salam kasih sayang,

0 comments: