Salam buat semua,
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
InsyaAllah, minggu ini jika dilihat kepada tajuknya... mungkinkah...mampukah aku menjadi seperti dia, ia membicarakah tentang hasrat untuk menjadi seperti 'dia'. 'Dia' yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang disebut dan termaktub di dalam Al-Quran Al-Karim yang digelar Allah SWT sebagai ibadurrahman. 'Kami ingin dan mahu menjadi seperti 'dia' itu Ya Allah, berikanlah kami taufik dan hidayah untuk tergolong dalam golongan yang engkau gelarkan sebagai ibadurrahman ini, Ya Allah Ya Zalajalaliwal ikram, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ciri-ciri ibadurrahman pernah saya tulis dalam entri ini sebelum ini. Telitilah dan renungilah firmah Allah yang termaktub dalam Surah Furqan itu tentang ciri-ciri ibadurrahman yang didambakan oleh setiap insan yang bergelar mukmin & muhsin. Mereka-mereka ini pasti syurga milik mereka. Tidakkah terlintaskah difikiran kita wahai sabahat sekalian menjadi sebahagian dari golongan ini? Tiada siapa yang akan mengatakan tidak! Ya, tiada siapa yang ingin menolak tuah yang disajikan buat kita hamba Allah Yang Maha Pemurah. Justeru, marilah bersama-sama kita mempraktikkan bermula dengan sedikit amalan, mungkin dengan istiqamah dalam berdoa selepas setiap solat fardu seperti yang didoakan oleh ibadurahman tersebut:
Doa Pertama:
رَبَّنَا ٱصۡرِفۡ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
'Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.'
[Surah Furqan Ayat 64]
Doa Kedua:
رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'
[Surah Furqan Ayat 74]Kemudian anjakkan kesungguhan untuk terus beristiqamah dalam amalan-amalan yang lain seperti yang disarankan dalam ayat-ayat akhir Surah tersebut. InsyaAllah, dengan berkat kesungguhan dan taufik dari Allah SWT pasti ini semua mampu dilaksanakan. Semoga sedikit perkongsian ini, dapat memberikan sedikit ruang kelegaan kepada rohani kita insyaAllah.
Saya juga ingin berkongsi sedikit amalan doa yang diajarkan Nabi SAW agar dapat kita sama-sama mengamalkannya dan semoga Allah SWT memakbulkan segala doa-doa kita yang akan membawa kita kepada kebaikan kita di dunia & akhirat, amin.
Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Berikut ini saya ingin berkongsi sedikit hadis dan firman Allah SWT berkenaan perkara yang mungkin memberi sedikit kecederaan kepada iman kita, justera hindarilah ia agar kita terpelihara dan segala kecederaan dan kemudaratannya, insyaAllah
Dalam satu hadis, menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Dalam satu hadis, menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
`Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang/bermewahan sahaja.''
(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:
أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ() حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) () Sehingga kamu masuk kubur. ()
At-Takathur (Ayat 1&2)Dan dalam hadis yang lain, Nabi SAW Bersabda,
“Apa urusanku dengan dunia ini? Tidaklah aku dibandingkan dunia kecuali seperti orang yang bepergian yang berteduh di bawah pohon kemudian istirahat, dan pergi meninggalkannya.”
(HR. At-Tirmidzi dan berkata, “Hadits hasan shahih.”)Wallahua'alam. Maafkan saya jika terdapat sebarang kekhilafan dalam penulisan. Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah ini, Amin.
Salam sayang,
0 comments:
Post a Comment