Thursday, 27 October 2011

Ke arah menjadi hamba Allah 1

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puja-puji itu hanyalah Milik Allah Azzawajalla yang mutlak,
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Khalilullah SAW,

Alhamdulillah hari ini, kak sai nak berkongsi berkenaan dengan buku yang baru-baru ini dibaca bertajuk Minhajul Abidin. Kali ini kak sai akan kongsikan inti pati kandungan buku yang tidak akan memakan waktu yang lama untuk adik-adik membacanya insyaAllah. Pertamanya marilah kita hayati akan ayat Al-Quran dari Surah Adz-Dzariat ayat 56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)

Yang lebih kurang maksudnya:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)

Agak-agaknyalah, bagaimanakah agaknya kehidupan yang seharusnya kita lalui dalam usaha kita untuk menyembah dan beribadat hanya kepada Allah SWT? Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha illallah, Wallahuakbar. Jawapannya sungguh mudah, Nabi SAW pernah bersabda:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Marilah, wahai adik-adikku yang disayangi Lillahi Taala, jika benar kita takut kepada Allah Yang Maha Berkuasa, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunah. Marilah kita kembalikan ingatan kita kepada Sabda Nabi SAW:

'Surga dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai dan neraka dikelilingi oleh syahwat.' (HR. Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda:

'Awas! Syurga terletak di atas dasar yang amat curam manakala neraka terletak di dasar yang mendatar'

Ini bererti, dalam menempuh jalan ke syurga, banyak liku kepayahan yang akan kita lalui. Untuk memperolehi madu yang benar-benar asli yang penuh dengan khasiat, manusia terpaksa melalui lorong-lorong berduri, berbukit merentasi hutan belukar, memanjat pohon yang tinggi, maka hasilnya, kepuasan yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Pastinya jalan ke neraka mudah semudah membunuh seekor nyamuk yang sedang kenyang menghisap darah manusia ataupun menghalau seekor lalat dari menghinggap makanan.

Jika dihitung, amat sedikit manusia yang ingin melalui jalan yang berliku menuju ke syurga ini. Malah, dari jumlah yang sedikit ini, jika dihitung kepada mereka yang beramal berdasarkan Al-Quran dan Sunah Nabi SAW, maka makin sedikitlah jumlah. Bukan itu sahaja, jika dihitung pula di kalangan yang beramal dengan keduanya, berapa ramaikah yang tinggal kekal beristiqamah dengan amalan mereka. Aduhai, makin kuranglah jumlahnya.

Tambahan lagi, jika dihitung pula dari jumlah yang sedikit ini, berapalah agaknya yang tinggal yang melakukannya tanpa ada sedikitpun riak, takbur atau ujub dalam amalannya. Subhanallah, dimanalah agaknya letaknya kedudukan amalan kita di sini Allah SWT. Maka jumlah golongan hamba Allah yang sedikit inilah yang menjadi golongan yang berjaya menjadi hamba Allah SWT Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Golongan yang terpilih mempunyai hubungan yang suci yang sentiasa memperolehi pertolongan dari Allah SWT untuk menuju ke syurga yang penuh kenikmatan, golongan yang dilindungi dari azab neraka.

Wahai adik-adik yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT, panjatkan doa dan munajatmu pada Allah SWT agar kita tergolong dalam golongan yang sedikit ini, insyaAllah. Amin Ya Rabb. InsyaAllah di coretan yang lain, kak sai akan kongsikan akan berkenaan bagaimana menjadi golongan ini berdasarkan seperti yang disarankan di dalam buku ini. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita.

Sekian dahulu, selamat menjalani ibadah di 10 hari-hari pertama Zulhijjah. Kak Sai sayangkan adik-adik sekalian kerana Dia.

Salam sayang dari kak sai

2 comments:

نور عزتي said...

huhu ..
bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, kan kak sai?
may Allah bless, insyaAllah ..
syg kak Sai kerana Allah juga!
salam zulhijjah ..

=)

saida said...

a ah... betul tu sayang... mudahan Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya buat kita semua, ameen.